8 Jan 2012

Syarat dan Peraturan

1.  Harmoni Homestay hanya dikhaskan untuk tetamu yang beragama Islam sahaja. (Individu/Keluarga/Pasangan Sah Berkahwin/Berkumpulan)

2.  Sebarang perbuatan menyalahi hukum Islam dan menganggu ketenteraman kawasan kejiranan adalah dilarang sama sekali.

3.  Segala peralatan yang disedikan adalah hakmilik Harmoni Homestay.Setiap kehilangan atau kerosakan peralatan tersebut akan dikenakan bayaran. Pihak homestay juga memohon kerjasama anda untuk menjaga kebersihan homestay ini sepanjang berada di sini.

4.  Penghuni dilarang sama sekali membawa masuk makanan tidak halal termasuk arak serta haiwan peliharaan ke dalam rumah.

5.  Hanya 50% deposit akan dipulangkan jika terdapat pembatalan di saat akhir. Bayaran penuh perlu dijelaskan sebelum penghuni check-in.

6.  Masa check-in adalah jam 2.00 ptg dan masa check-out adalah jam 12.00 tghri. Bayaran RM10/jam akan dikenakan jika check-out melebihi dari masa yang telah ditetapkan (tertakluk kepada tempahan pelanggan berikutnya).

7.  Keselamatan penghuni dan barangan anda adalah amat penting. Oleh itu penghuni adalah dinasihatkan untuk :
    ~ tidak membawa barangan berharga bersama semasa bercuti
    ~ memastikan semua pintu dan tingkat ditutup/kunci bila meninggalkan rumah atau tidur pada waktu      siang dan malam.
    ~ semua suis elektrik dipadam selepas digunakan. Adalah amat digalakkan supaya menutup kipas/aircond dan lampu bila meninggalkan rumah.

8.  Pihak homestay berhak membatalkan tempahan pelanggan dan mengembalikan bayaran tempahan sekiranya perlu mengikut keadaan tertentu.

PIHAK PENGURUSAN HARMONI HOMESTAY TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KEHILANGAN, KEROSAKAN, KECEDERAAN TUBUH BADAN ATAU KEHILANGAN NYAWA PENYEWA DAN PENGHUNI ATAU TETAMU MEREKA DAN HARTA BENDA MASING-MASING SAMADA DISEBABKAN KELALAIAN MEREKA SENDIRI ATAU KEADAAN DI LUAR KAWALAN PIHAK PENGURUSAN HARMONI HOMESTAY.


TERIMA KASIH DI ATAS SEGALA KERJASAMA ANDA DAN SELAMAT BERCUTI..!